Selasa, 1 November 2016

MAKANAN TRADISIONAL

MAKANAN TRADIASIONAL

KARIPAP
Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di MalaysiaThailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang.Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.


LEMANG
Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Orang Minangkabau juga menggemari lemang, sehinggakan kota seperti Tebing Tinggi dikenal dengan julukan "Kota Lemang".
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia. [4]. Lemang juga merupakan makanan kegemaran kaum asli Malaysia seperti kaum Negrito[5] dan suku Semai.[6]


KETUPAT

Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di MalaysiaIndonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.
Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut.
Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.


LAKSA

Laksa (叻沙) merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa mungkin berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan.



NASI LEMAK


Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi Melayu kegemaran bagi orang Malaysia. Ianya juga boleh di temui di SingapuraIndonesia dan Brunei. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura. Di Indonesia, nasi lemak lazimnya ditemui di pesisir timur Sumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Di Indonesia Nasi lemak dipercayai di perkenalkan oleh pekerja(TKI) dan Mahasiswa yang pernah menetap mahupun bekerja di Malaysia.
Sir Richard Olof Winstedt telah menulis mengenai "nasi lemak" di Malaysia pada tahun 1909 dalam bukunya "The Circumstances of Malay Life"





NASI KERABU


Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masinkeropokbudu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopakbunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit. Penggunaan daun atau herba na-dam dalam bahasa Siam menjadikan warna nasi hitam.



https://youtu.be/JziEHFuZ43Q

Tiada ulasan:

Catat Ulasan